Thursday, January 12, 2012

Ya Allah....JaNgaN iZiNkaN aKu JaTuH cINTa anDai BeLum TibA mAsAnya...





Ya Allah....

andai masanya belum tiba,
jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,

jauhkanlah aku dari kemaksiatan,

jauhkanlah aku daripada perkara yg tidak dapat memberi manfaat,

dan jauhkanlah aku daripada perkara yang Kau murkai,

agar aku dapat menjaga diri.


Ya Allah....

jika aku jatuh cinta,

izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,

jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,

jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,

maka hilanglah cintaku padanya,

sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah....

dan jika dia mencintai aku,

biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,

asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,

supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaanMu,

kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
















ALhaMdULillaH....syUkuR YaNg Tak TerHingga PaDa-Mu